Kisah Kanggaru |Blog Lawak Malaysia

KATEGORI LAWAK


Kisah Kanggaru

Seekor Kanggaru di Zoo Taiping sentiasa keluar dari kawasan kurungannya.Menyedari hal itu,seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi.
Pada hari pertama, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian 5 kaki.Esoknya,pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Setiap hari, pagar ditinggikan sebanyak 2 kaki namun kanggaru itu tetap terlepas. Sehingga kini, tinggi pagar itu sudah mencapai 30 kaki namun kanggaru tersebut tetap terlepas juga.
Pada sebelah petangnya,kanggaru tersebut dimasukkan kembali ke kurungannya lalu jiran sebelahnya iaitu unta pun bertanya kepada kanggaru itu.

Unta : Agak-agak kau, sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ni ek??
Kanggaru : Mungkin hingga beratus kaki sehinggalah adea seseorang yang datang mengunci pintu pagar pada malam ini dan seterusnya.

0 comments:

 
^ Scroll to Top